Monday, October 31, 2011

"KAWALAN DALAM KEBEBASAN"

Terpanggil saya untuk mengupas sebuah isu yang dibangkitkan di dalam penulisan Dr Rahmat Ghazali “Kebebasan Berita dan Informasi Siber : Suatu Paradoks”. Apakah yang kita ketahui tentang kebebasan berita sebagai wadah informasi bagi setiap masyarakat dunia?? Apakah yang anda cari ketika anda memasuki ruang siber?? Persoalannya disitu…


Di Malaysia, kebebasan berita telah diperakui oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Namun akta ini masih lagi dibelenggu oleh akta-akta yang lain yang menyekat sedikit sebanyak kebebasan berita. Hal ini kerana sistem masyakat majmuk yang ada di Malaysia menyebabkan banyak perkara-perkara yang berbangkit terpaksa ditapis bagi manjaga kestabilan politik dan masyarakat di Malaysia.


Pada pendapat saya, kebebasan media perlulah ada, namun kebebasan tersebut bukanlah kebebasan mutlak yang boleh digunapakai secara sesuka hati. Kebebasan berita secara mutlak boleh mendatangkan kesan yang negativif sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan ruang kebebasan media sebagai jalan untuk mereka melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat. Sebagai contoh penyebaran hasutan kepda orang ramai untuk menjatuhkan kepimpinan Negara. Kesan seperti inilah yang ditakuti berlaku sekiranya kebebsan mutlak untuk berita diadakan. Kita dapat lihat banyak laman web yang menyiarkan artikel atau berita yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pembaca.






Seperti yang kita dapat lihat diatas, inilah antara segelintir pihak yang menyalahgunakan kebebasan media. Perkara seperti ini dianggap keterlaluan dan boleh menyebabkan berlakunya kesan yang amat buruk di dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini terjadi kerana pihak yang berkenaan tidak mempunyai tanggungjawab dan sensitiviti yang tinggi sehingga sanggup melakukan perkara yang sedemikian. Kebebasan seperti ini bukanlah yang pautu dibanggakan oleh sesebuah masyarakat kerana kebebasan seperti ini hanya mendatang keburukan lebih daripada kebaikan.


Bagi saya, kebebasan yang diberikan haruslah terkawal dan dikawal dan masyarakat itu sendiri perlu menjadi tanda aras bagaimana kebebasan dalam berita dan media harus dipraktikkan. Dalam konteks Negara Malaysia itu sendiri, kebebasan mutlak dalam berita dan media bukanlah satu wadah yang menarik untuk diperjuangkan kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai pelbagai etnik dan bangsa. Jadi, terlalu banyak sensitiviti yang perlu dijaga untuk menjamin kestabilan politik dan Negara itu sendiri.

Namun, dalam konteks informasi itu sendiri ia perlulah diberikan kebebasan kerana masyarakat mempunyai hak untuk mengakses iformasi tersebut, baik untuk dibuat sebagai rujukan ataupun wadah dalam mencari kebenaran. Dalam dunia informasi tanpa had, masyarakat haruslah pandai menilai sesuatu informasi tersebut dan janganlah taksub membabi buta tentang sesuatu maklumat. Mereka haruslah pandai menilai dan membuat kajian untuk memastikan informasi yang diperolehi itu benar ataupun tidak.  



"KEBENARAN ITU KADANG-KADANG MEMANG MENYAKITKAN"