Tuesday, January 11, 2011

emakku berkata...

emakku berkata...

mak gembira jika melihat kejayaan semua anak2 mak...


emakku berkata...

mak tak pernah membezakan kasih sayang kamu adik beradik...


emakku berkata...

carilah perempuan yang baek untuk menjadi teman hidupmu...ianya akan menjadi semangat di dalam kehidupan kamu...


emakku berkata...

hati mak lega jika melihat semua anak2 mak ade di depan mata mak...


emakku berkata...

biarlah mak xde intan berlian...kerana mak sudah ada permata yang paling bernilai iaitu kamu semua...


emakku berkata...

belajarlah rajin2...ilmu itu pendinding hidup kamu...


emakku berkata...

ketahuilah kamu, jerih perit hidup ayah dan mak adalah untuk melihat kamu semua menjadi manusia yang berguna...


emakku berkata...

carilah kamu wang tetapi janganlah sampai kamu menjadi hamba kepada wang...


emakku berkata...

nasihat ayah dan mak adalah untuk melihat kamu selamat di dunia dan di akhirat...


emakku berkata...

ibu bapa yang berdiam diri melihat kesalahan anaknya adalah ibu bapa yang menunjukkan jalan kehancuran kepada anak2nya...dan ibu bapa yang memarahi anaknya yang melakukan kesalahan adalah ibu bapa yang menunjukkan jalan kejayaan kepada anak2nya...ketahuilah bahawa senyapnya ibu bapa itu bukannya kerana sayang dan marahnya ibu bapa itu kepada anak2nya bukanlah kerana benci tetapi adalah untuk mendidik...


p/s : serius...ridu gile kat mak ak...yea..mmg ak nak mak...

No comments:

Post a Comment