Tuesday, November 15, 2011

KEBEBASAN MUTLAK MEDIA BARU AKAN MEMBAWA BENCANA KEPADA KEHARMONIAN SOSIAL

Dunia sekarang sibuk bercerita tentang hak kebebasan media yang seperti mana kita lihat masih lagi tiada jalan penyelesaiannya. Orang-orang media sering berselisih pendapat tentang perkara ini. Kebebasan media dicanang sebagai satu perkara yang perlu seiring dengan perkembangan teknologi amnya dan perkembangan teknologi yang berkaitan dengan media khususnya.

Kita sering melihat sekarang, dunia dicanang kononnya kebebasan media itu penting dalam kehidupan masyarakat sekarang. Seiiring dengan peningkatan teknologi, media kini tidak hanya tertumpu kepada media arus perdana sahaja. Media kini telah bercambah dan kini wujud media-media baru seperti blog-blog, laman web-laman web yang menyediakan maklumat dan berita yang dihendaki oleh masyarakat. Seiring dengan itu juga kita dapat lihat banyak penulisan-penulisan yang tidak bermoral dan juga tidak bertanggungjawab disiarkan di web-web di alam maya.

Mungkin pada masa permulaan penggunaan internet, ramai yang tidak ambil kesah tentang kebebasan media ini. Ini mungkin kerana tidak ramai yang menggunakan teknologi internet ini, jadi perkara-perkara yang negatif berlaku juga hanyalah sedikit sahaja. Namun,pada masa kini, penggunaan internet amatlah meluas dan kewujudan wartawan-wartawan yang “tidak bertauliah” semakin berleluasa. Mereka menjadikan laman internet sebagai medan mereka mencipta berita-berita yang boleh dianggap kurang sahih dan benar. Banyak berita-berita yang digembar-gemburkan adalah tidak tepat dan hanya memenuhi selera penulis itu sendiri.

Kita dapat melihat banyak  berita-berita atau laman web-laman web yang menyiarkan perkara yang tidak sepatutnya disiarkan. Perkara ini menjadi satu kebimbangan dinegara kita. Ini kerana keadaan negara kita yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi setiap maklumat yang ingin disiarkan perlu ditapis untuk memastikan tiada perkara yang dapat menaikkan api perkauman di negara ini. Kita dapat mengambil contoh bagaimana peristiwa 13 Mei 1969 terjadi. Ianya bermula daripada api perkauman yang kecil , namun media ketika itu telah memainkan peranan mereka dan menyebabkan perbalahan antara kaum menjadi semakin parah sehinggalah negara kita telah diisytiharkan darurat. Di situ, kita dapat melihat bagaimana media memainkan peranan mereka dan perkara inilah yang dikhuatiri akan berlaku sekira tiada sebarang usaha untuk menghadkan kebebasan media.

Selain itu, dalam konteks negara kita malaysia, kita dapat melihat pelbagai aspek yang tidak memungkin kebebasan mutlak untuk media itu tercapai. Pertama adalah kerana negara kita ini didiami oleh pelbagai kaum. Perkara yang sensitif yang berkaitan dengan kaum sangatlah ditegah untuk disiarkan. Ini kerana perkara tersebut dapat menggugat ketenteraman awam negara ini. Yang kedua adalah kerana negara kita mempunyai pelbagai lapisan etnik yang menganuti pelbagai jenis agama. Seperti sedia maklum, kita semua mengetahui perkara yang membabitkan agama adalah sangat sensitif. Ini kerana sebarang perkara yang berbangkit mengenai sesuatu agama akan menjadikan ketegangan berkaitan agama. Perkara ini sangat mudah berlak di negara kita kerana negara kita mempunyai masyarakat yang menganuti pelbagai agama. Jadi, kebebasan media dalam hal ini adalah sangat tidak digalakkan.

Kita juga perlu melihat bahawa kebebasan mutlak media yang dituntut akan banyak membawa kesan negatif daripada kesan positif. Perkara ini telah dapat dijangka kerana banyak perkara yang terjadi seperti kewujudan blog-blog dan web-web picisan yang kadang-kadang menyiarkan berita yang sensitif di dalam konteks masyarakat. Kewujudan negara yang harmoni sedikit sebanyak dalah disebabkan oleh media itu sendiri. Jika media banyak menyisarkan berita-berita yang dapat menggugat ketenteraman awam, maka kestabilan dan keharmonian kehidupan masyarakat juga akan tergugat. Justeru itu,kebebasan mutlak media tidaklah harus dilakukan. Cukuplah kebebasan media yang sedia  ada dan juga undang-undang yang mengawal sedikit sebanyak kebebasan media itu sendiri.

No comments:

Post a Comment